ANG pow RM139,262 diperoleh Lee Chong Wei, semalam harus menceriakan buat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga, tetapi apa yang pasti jauh di sudut hati, jaguh badminton negara itu tetap kecewa gagal lagi mencari ilham terbaik menundukkan Lin Dan.
Sebaliknya, bintang sensasi China itu terus mencipta derita buat lawan apabila gah mengungguli Terbuka Korea dengan kemenangan 21-19, 14-21, 21-16 dalam final perseorangan lelaki untuk menyambung rentetan kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam kejuaraan besar.“Walaupun kalah lagi tapi kali ini jurang permainan antara kami makin rapat,” kata Chong Wei yang agak kecewa tidak dapat menghadiahkan gelaran kepada 1Malaysia.
“Saya percaya persembahan saya menentang Lin Dan dapat diperbaiki lagi di masa depan. Saya mahu bersiap sedia untuk cabaran Seluruh England pada Mac ini.”
Badi tanpa kemenangan terus menghantui Chong Wei dan atas rekod, Lin Dan sudah 15 kali menewaskan musuhnya daripada 22 pertemuan dengan kejayaan terakhir menyusul apabila dia menang pingat emas di Sukan Asia 2010.
Apapun, jaguh negara yang memenangi dua kejohanan utama dalam tempoh sebulan - Kejohanan Akhir Siri Super Masters di Taiwan pada 9 Januari lalu dan Terbuka Malaysia pada 23 Januari lalu - tidak memberi laluan mudah kepada lawan apabila mengheret perlawanan yang memakan masa satu jam 15 minit.
Kejayaan Lin Dan itu adalah kejuaraan pertama siri super untuk dirinya, tahun ini - kebetulan seminggu selepas Chong Wei membuka musim baru dengan mempertahankan mahkota kejuaraan Terbuka Malaysia di Bukit Jalil.
Pada Terbuka Korea, kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan paling lumayan dengan hadiah keseluruhan AS$1.2 juta (RM3.84 juta), juga menyaksikan perseorangan wanita dari China, Wang Yihan berjaya membalas dendam apabila menundukkan rakan sepasukannya Wang Shixian 21-14, 21-18 yang baru saja mengalahkannya pada final Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Acara beregu wanita juga menyaksikan drama yang sama apabila Wang Xiaoli-Yu Yang dari China menang 21-18, 19-21, 21-4 dengan menumpaskan rakan senegaranya, Tian Qing-Zhao Yunlei yang menang di Terbuka Malaysia.
Jung Jae Sung-Lee Yong Dae menewaskan Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan 21-6, 21-13.
Terbuka Korea adalah antara lima acara Siri Super Perdana dianjurkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kesihan juga dengan Lee Chong Wei, asal masuk final je mesti seorang-sorang je wakil negara. Tak macam China, Bergu lelaki, bergu wanita, persorangan wanita, bergu campuran semua dorang masuk final. Tak kan nak harap Lee Chong Wei sorang je. Pasti Lee Chong Wei akan lebih bersemangat kalau ada rakan-rakan lain pun masuk final. Ayuhlah pemain-pemain badminton terus lah berusaha hingga berjaya. We all Malaysian Always Support You.
Semoga selepas ini Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan beliau akan berjaya mengalahkan Lin Dan dan Berjaya dalam perlawanan-perlawanan besar. MALAYSIA BOLEH...!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment