WELCOME

Sunday, January 30, 2011

CHONG WEI DERITA LAGI

Lin Dan rampas mahkota Terbuka Korea


ANG pow RM139,262 diperoleh Lee Chong Wei, semalam harus menceriakan buat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga, tetapi apa yang pasti jauh di sudut hati, jaguh badminton negara itu tetap kecewa gagal lagi mencari ilham terbaik menundukkan Lin Dan.



Sebaliknya, bintang sensasi China itu terus mencipta derita buat lawan apabila gah mengungguli Terbuka Korea dengan kemenangan 21-19, 14-21, 21-16 dalam final perseorangan lelaki untuk menyambung rentetan kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam kejuaraan besar.
“Walaupun kalah lagi tapi kali ini jurang permainan antara kami makin rapat,” kata Chong Wei yang agak kecewa tidak dapat menghadiahkan gelaran kepada 1Malaysia.

“Saya percaya persembahan saya menentang Lin Dan dapat diperbaiki lagi di masa depan. Saya mahu bersiap sedia untuk cabaran Seluruh England pada Mac ini.”

Badi tanpa kemenangan terus menghantui Chong Wei dan atas rekod, Lin Dan sudah 15 kali menewaskan musuhnya daripada 22 pertemuan dengan kejayaan terakhir menyusul apabila dia menang pingat emas di Sukan Asia 2010.

Apapun, jaguh negara yang memenangi dua kejohanan utama dalam tempoh sebulan - Kejohanan Akhir Siri Super Masters di Taiwan pada 9 Januari lalu dan Terbuka Malaysia pada 23 Januari lalu - tidak memberi laluan mudah kepada lawan apabila mengheret perlawanan yang memakan masa satu jam 15 minit. 
Kejayaan Lin Dan itu adalah kejuaraan pertama siri super untuk dirinya, tahun ini - kebetulan seminggu selepas Chong Wei membuka musim baru dengan mempertahankan mahkota kejuaraan Terbuka Malaysia di Bukit Jalil.

Pada Terbuka Korea, kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan paling lumayan dengan hadiah keseluruhan AS$1.2 juta (RM3.84 juta), juga menyaksikan perseorangan wanita dari China, Wang Yihan berjaya membalas dendam apabila menundukkan rakan sepasukannya Wang Shixian 21-14, 21-18 yang baru saja mengalahkannya pada final Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Acara beregu wanita juga menyaksikan drama yang sama apabila Wang Xiaoli-Yu Yang dari China menang 21-18, 19-21, 21-4 dengan menumpaskan rakan senegaranya, Tian Qing-Zhao Yunlei yang menang di Terbuka Malaysia.

Jung Jae Sung-Lee Yong Dae menewaskan Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan 21-6, 21-13.

Terbuka Korea adalah antara lima acara Siri Super Perdana dianjurkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).



Kesihan juga dengan Lee Chong Wei, asal masuk final je mesti seorang-sorang je wakil negara. Tak macam China, Bergu lelaki, bergu wanita, persorangan wanita, bergu campuran semua dorang masuk final. Tak kan nak harap Lee Chong Wei sorang je. Pasti Lee Chong Wei akan lebih bersemangat kalau ada rakan-rakan lain pun masuk final. Ayuhlah pemain-pemain badminton terus lah berusaha hingga berjaya. We all Malaysian Always Support You.
Semoga selepas ini Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan beliau akan berjaya mengalahkan Lin Dan dan Berjaya dalam perlawanan-perlawanan besar. MALAYSIA BOLEH...!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 29, 2011

KESIAN DIANA DANIELLE

Diana yang tersangat cun



FARID KAMIL putuskan hubungan dengan kekasihnya Diana Danielle? Alamak, apa dah jadi ni? 
Musim artis putus cinta ke? Joyah baru berangan nak makan nasi minyak mereka.
Ye lah sebelum ini Joyah dengar mereka berdua ni dengar-dengarnya sudah bersepakat nak menuju ke fasa pernikahan.
Tup tup sekarang ni, sudah lain pula ceritanya ya. Apa pasal ni?

Khabarnya, Farid memutuskan hubungannya dengan Diana disebabkan sikap gadis itu sendiri yang macam budak-budak. Suka sangat cari pasal dan nak bertekak walau hal remeh-temeh.
Dan dalam hal ini, Joyah teringat pula dengan kata-kata bekas teman lelaki si Diana yang sebelum ini. Luah jejaka tampan itu pada Joyah satu ketika dulu, punca mereka putus pun disebabkan perangai Diana. Mula-mula bolehlah tahan.

Tapi, kalau dah bercinta dengan budak sekolah, kenalah banyak bersabar tau, jangan nak fikirkan emosi diri sendiri saja, kenalah faham tahap budak-budak berfikir. Dan ini juga mungkin siren kecemasan untuk Diana supaya ubah sikap dan jadi lebih baik. Tak gitu?

TOP 10 KERETA TERMAHAL DI DUNIA

Berikut adalah top 10 kereta-kereta termahal di dunia. 
Rasa-rasa ada chance tak nak beli. hope la 1 hari nanti kan..hehehe
Jeng..Jenggg..Jengggg.. 



01. BUGATTI VEYRON = $1.7milion Dollar (RM 5,197,189 juta ringgit)




Manufacturer : Design&Development: Volkswagern Group, German 
                          Produced : Bugatti Automobiles SAS, France
Engine          : Standard : 1,001 horsepower / Super Sport1,200 horespower, 
Transmisi      : 7 speed
Top Speed   : 434.20 km/h


02. LAMBORGHINI REVENTON = $1.6milion Dollar (RM 4,891,472 juta Ringgit)

Bugatti Veyron Terbaeeekkkk..Minat gila wei..!!!

Dah macam meter kat jet pejuang pula

Yusri KRU juga memiliki Lamborghini tapi tak tahu model yang mana

Manufacturer : Lamborghini, Italy
Engine           : V12, 650 horsepower, Transmisi      : 6 speed
Top Speed   : 340 km/h


03. McLARREN F1 = $970,000 (RM 2,965,455 juta Ringgit)


Tempat pemandu kat tengah macam F!



Manufacturer : McLarren Automotive, UK
Engine           : V12, 627 horsepower, Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 391 km/h


04. FERRARI ENZO = $670,000 (RM 2,048,304 juta ringgit)

Ferrari salah satu favourite car penulis & korang juga kn..hehe



Manufacturer : Ferrari, Italy
Engine           : V12, 660 horsepower , Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 350 km/h


05. PAGANI ZONDA C12 F $667,321 (RM 2,040,114 juta ringgit)





Manufacturer : Pagani, Italy
Engine           : V12, 540 horsepower, Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 345.94 km/h


06. SSC ULTIMATE AERO $654,400 (RM 2,000,612 juta ringgit)




Manufacturer : Shelby Supercars, USA
Engine           : V8, 1,183 horsepower, Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 412,28 km/h


07. SALEEN S7 TWIN TURBO = $555,000 (RM 1,696,729 juta ringgit)




Manufacturer : Staleen, USA
Engine           : V8, 750 horsepower, Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 248 km/h


08. KOENIGSEGG CCX = $545,568 (RM 1,667,894 juta ringgit )




Manufacturer : Koenigsigg, Sweden
Engine           : V8 supercharge 806 bhp, Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 400 km/h


09. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster = $495,000 (RM 1,513,299 juta ringgit)

Rasanya yang ni dah berlambak kat Malaysia kn..



Manufacturer : Joint venture Mercedes-Benz & McLarren
Engine           : V8 617 horsepower , Transmisi : 5 speed
Top Speed    : 334 km/h


10. PORSHE CARRERA GT = $440,000 (RM 1,345,155 juta ringgit)




Manufacturer : Porshe, Germany
Engine           : V10 558 horsepower , Transmisi : 6 speed
Top Speed    : 330 km/h


Apa korang rasa kalau dapat bawa kereta-kereta ni...?? Simpanlah duit mulai sekarang ok..haha 

Friday, January 28, 2011

KAPAL TEMPUR LEBIH CANGGIH TLDM

Pelbagai varian Gowind Class (image: DCNS)

Gowind Class varian I (image: DCNS)
Gowind Class varin II (image: DCNS)

Gowind Class varin III (image: DCNS)
Gowind Class varin IV (image: DCNS)

TLDM Bakal Guna kapal Tempur Lebih Canggih


LABIS - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.
Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.

"Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.

"Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan," katanya di sini hari ini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.

Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.

Ditanya mengenai apakah jenis persenjataan yang akan dipasang pada kapal perang tersebut, sumber tersebut berkata, pihak TLDM sedang mengkaji perkara berkenaan tetapi beliau yakin, jenis peluru berpandu sedia ada akan digunakan kecuali melibatkan pertahanan udara.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberitahu, kapal LCS yang bakal dibina bagi memperkukuhkan perairan negara tidak lagi mengguna pakai konsep "fitted for but not with" seperti aplikasi pada kumpulan pertama kapal NGPV jenis KD Kedah.



 (Utusan Malaysia)


Gowind Class Spesification :
Complement :35 to 60 crew
Passengers :15 to 25 passengers
Hull Design :Steel Monohull
Dimensions :Length 85m-105 m (depending on variant)
Displacement : 1,000t-2,500t (depending on variant)
Performance :Endurance 2 to 3 weeks between replenishments at sea
Speed 22kt to 27kt
Engines: Propulsion Diesel engine, propeller or waterjet propulsion